Assalamulaikum

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran atas apa yang saya cuba sampaikan....

Isnin, 12 Disember 2011

Apapun yang terjadi...

Dalam hidup ini, kita sering dilanda kesusahan. Namun, setiap orang berbeza kesusahan yang dialami. Ya, saat ini hidup kita umpama jam. Adakalanya kita di atas mendapat kebahagiaan, kepujian dan kehormatan dari irg lain. Dan adakalanya kita di bawah merasai keperitan, kepayahan, dan kesusahan hidup yang ditempuhi. Ingatlah! Kita masih ada Allah Maha Asa yang membentuk kita hanya untuk satu tujuan; menyembah-Nya. Janganlah putus asa dalam hidup ini. Sekurang-kurangnya kita masih mempunyai banyak peluang. Hanya pemikiran yang sempit menutup peluang ini. Masa depan bergantung kepada tindakan anda sendiri. Jika perkara baik anda berikan kepada masyarakat, maka balasannya pastilah baik jua, dan begitu juga sebaliknya.Walaupun pelbagai ragam manusia, itulah yang membuatkan mereka suatu insan yang unik. Tapi menghairankan kenapa manusia sering salah faham dan pertelingkahan. Adakah mereka sedar semua ini? Maka dengan itu, setiap insan haruslah berfikir tentang hal ini. Jangan pandang ringan seja. Saya sedar, terlalu banyak konspirasi yang dibina untuk mengagungkan Dajal dan menghina Islam tetapi mereka tidak sedar Neraka menunggu mereka.....Sekian.

Isnin, 28 November 2011

Cuti kat rumah

Cuti kali ini cam besa saja. Tidak pergi jalan2 pun. Dok kat rumah buat kerja2 besa. Belajar lukis anime. Tapi ndak berapa smart lar...haha. Erm, sebenar anime memang fevret saya kerana banyak memberi saya pengajaran tentang hidup. Yalar, tengok sekali memang takde erti tetapi kalau cuba difahami dan dihayati, ada yang tersirat di sebalik cerita itu. Hehe, ya,sebetulnya lukisan anime saya tidak smart...Amat Bidak..Neyh, gambar pertama anime saya.

Hajime Atsuya



Hahahaha, terima kasih kepada adik saya kerana ajar saya lukis. Lukisan adik saya lagi smart berbanding saya. Nah, contoh lukisan.


Akiyama Hana

Smart kan?! Hehe. klar....bubye...

Rabu, 16 November 2011

Sembelih Korban 2o11 kat Sekolah

Sebelum hari itu, pihak sekolah telah membeli 3 ekor lembu untuk dijadikan korban. 1 telah disembelih awal manakala 2 lagi di sembelih pada hari Selasa. Fuhhh! Banyak kerja tu. First2, kena tarik lembu sampai dia jatuh. Kemudian, kena korek lubang untuk buang darah dia. Ustaz Abdullah Jamil (AJ) pula ditugaskan menyembelih itu lembu. Setelah dipotong bahagian leher, SAS! Darah memancut sebijik macam air pancut. Banyak lagi tu. Saya pulak kena suruh oleh Sir Fikri untuk ambil tali mengikat bahagian kaki lembu yang telah dipotong supaya daging dia mudah diambil. Ustaz Hafizy pula suruh saya tanam darah lembu itu kerana takut berbau busuk. Akhirnya, pembahagian daging berjalan lancar. Saya terus pi rehat kat masjid.

Lepas tu, kena panggil berdikir barat Form 3 untuk Majlis Makan Beradab. Apalagi, saya tidak maw join sebab last minute punya kerja. Tetiba, Saifullah datang suruh saya buat balik kad jemputan untuk asrama putra kerana dia cakap tidak colourful. Kerja yang senang bagiku lalu aku cari bahan2 mewarna lagi. Pensel khas dari 2H-8B, pensel warna dan magic colour pen. Background mesti buah-buahan kerana majlis tu sempena buah-buahan tropika kata Saiful. Wah! Dalam masa 30 minit, siap sua. Lepas tu, datang kat dewan tu, hantar tu lukisan ma Saiful tapi Fadhil pulak suruh aq join dikir barat. Seh! Aku cakap jak tak nak tanpa alasan. Terus Saiful hantar tu lukisan ma putri. Aku keluar pi masjid periksa daging tu. Ketika maw pi dewan balik, aku kena suruh pi lukis 1 Malaysia oleh putri. Dalam makmal sains am, sorang2 saja. Memang bosan tu tapi ada kerja sua kan. Buat sajalah. Lepas siap tu memang direct azan Zohor.

Petang tu, apalagi semua pelajar makan sup daging sembelih beramai-ramai Kerana lepas solat Zohor, aq memang pening giler sampai nak tidur terus. Bangun2 jak, kena suruh makan. Haha, demi mengisi perut, dalam keadaan mamai, pergi ke dewan makan, lalu ambil piring dan nasi. Pi pondok masakan, minta sup dan daging sekali. Malangnya, teda yang kecil lalu terpaksa kongsi ma Zamil, yang bersaiz gearbox. Wow! Kenyang giler. Akhirnya, malam itu pula preparation untuk Majlis Makan Beradab. Macam2 kami setting. Ambil meja dewan makan, susun, hias backdrop, dan sebagainya (Saya tidak terlibat mana2 AJK tapi kerana bosan giler, pandai2 cari kerja). Lepas tu, jam 11.00 saya pun terus pi asrama. Tido dah no...

PS: Buat setakat yang ingat saja....

Kawad Bahasa Arab Form 3 dan Persembahan dlm Ma'dabah Syai

Pada awal pagi, kena suruh kawat neyh, sama group masing2. Aku ma Amri, Najid, Nuhim, Amelia, Effa, Syahda, Hasifa, DK, Fadzlina, dan Wan Rabiatul. Huh, punyalah sukar kami maw buat kawad. Tapi amri cakap kita kawad jangan stress, santai ok?. Haha, memang lawak ketua kami tue (amri). Maka lepas beberapa  kali latihan, dicadangkan warna kami suma hijau. Memang hijau la terus pakaian kami. Lepas tu, kena ajar cara hormat. Putri jua yang ajar. Putra ikut setja. Santai kan.

Pada hari khamis tu, pertandingan kawad pun dijalankan. Kami buat macam biasa dan cuba berhati-hati. Tapi ketika amri suruh menghadap belakang, putri salah pusing lah. Kena tolak markah. Adui,, walaupun bukan juara tapi pengalaman kawad bahasa arab tue tetap ada. Haha..

Pada petangnya, ada pula ma'dabah syai'. Pelajar form 3 kena suruh buat pesembahan. Putra 1 team, putri 3 team. Malam sebelum tu, kami practice buat dikir barat bahasa arab. Ceh! Macam2 gaya lawak dorang buat. Tapi bukannya maw buat jua nanti. Hadi kata konfem lain nanti yang jadi. Aku hanya bersetuju saja. Ada dua tukang karut iaitu aku dan suhardi. Aq jadi tukang karut coz lagu itu aq yang cadangkan. Suhardi pulak buat fiil madhi berasaskan lagu Saya Anak Malaysia. Haha, memang lawak persembahan kami. Walaupun tidak serentak dan men masuk2 setja, tapi dapat perhatian Ustaz Naim.. Lepas habis persembahan, kami terus dijamu dengan makanan dalam talam. Dah kira okey dah ni. Hehe....

Enjoy it while you can...

Hari Raya kat Sekolah 2o11

Tanpa disangka, hari raya kat sekolah dapat diadakan. Namun, kali ini berbeza sedikit kerana ada beberapa kelas akan bergabung. Tapi kelas kami, 3 Siti Aisyah, secara solo menyediakan 200 lebih roti canai. Kerana menu makanan ini dicadangkan oleh pihak sekolah. Ceh, pokai giler kelas kami. Semua duit kelas habis dan memaksa kami membayar RM5 lagi. Fuhhh!! Lebih baik dok kat rumah jak kalau begini. Tapi ada juga orang tolong bayarkan selebihnya walaupun duit yang dikumpul tidak cukup.

Pada hari malam selasa itu, kami bersusah payah ceriakan spot kami yang berada di tempat letak kereta guru. Banyak sangat kerja. Hias guna rebenlah, potong daun kelapalah, susun meja lagi, maw tulis selamat datang lagi, dan sebagainya sampai jam 11.00 malam. Penat habis.

Esoknya, ada lagi majlis perasmian Hari Koperasi Sekolah. Setelah macam-macam suku kata  yang dituturkan, maka berakhir majlis itu. Sebelum itu, saya telah membawa sebakul kuih raya cornflake madu hasil buatan sendiri dan dibantu oleh adik saya. Lepas tu, bila datang kat tempat kami, roti canai hanya sedikit saja. Terpaksa belah dua sama orang lain. Last2, baru sampai stok baru. Itupun tidak habis. Rugi lah duit kami tu. Namun, ketika itu, hampir semua pelajar putra pi lawat2 tempat kelas lain. Manakala putri klas saya hanya stay2 kat tempat kami tu. Ada jua tugas2 kena bagi. Cuci piring dan gelas saja. Pada jam 12.00, maka adalah pembahagian tapau2 kepada guru. Pelajar kelas kami pun tidak mahu melepaskan peluang ini untuk tapau seberapa banyak makanan yang boleh. Haha, boleh tambah berat dorang ni. Petang tu, terjadilah minta-meminta kepada pelajar yang telah menapau makanan. Saya yang baru sahaja menapau mee goreng dalam bekas saya bersaiz 30cmx20cmx20cm telah habis oleh putra form 3 dalam masa 15 minit. Memang lapar tahap gaban dorang ini. Tapi apapun, hari itu memang hari yang gembira sekali buat warga tunas.

PS: Aku, Ikmal, Faiq telah merancang maw match hitam bersama...hehe...^^

Sabtu, 12 November 2011

MeNgHaDaPi PmR 2o11 & Kr0n0l0gInYa

Sebelum PMR..
      Saya rasa persediaan saya belum cukup ni. Kena belajar malam2 lar. Qiamullail kat masjid lar. Ulangkaji ikut masa dan subjek. Semuanya telah disusun rapi. Hanya tinggal perlaksanaan saja lagi. Walaupun kawan-kawan ku yang lain macam tidak semangat mahu belajar untuk PMR hehehe..Antara kawanku ketika itu yang paling kuat belajar ialah Suhardi Hablee. Dia belajar setiap malam sampai pagi. Tu lar yang menyebabkan dia mengantuk ketika awal pagi tetapi saya lihat dia di kelas 3 Siti Aisyah pun masih segar lagi. Saya tak tahu apa rahsia dia tetapi yang pasti dia minum nescafe tiap kali dia belajar malam. Tapi maaf, saya tak sehebat dia dan tak teringin meniru gaya hidup dia. Aku ada cara tersendiri. Antara cara2 yang saya lakukan ialah : selalu tanya kawan (walaupun terpaksa buang perasaan malu), merujuk buku nota (walaupun jarang), selalu buat latihan (walaupun malas) dan membaca Al-Quran (walaupun tyme mahgrib kadang2 miss). Harap Form 3 tahun depan boleh maju dari segi cara pembelajaran.

Ketika PMR..
      Saya rasa berdebar pada hari pertama PMR. Ujian BM paper 1, kertas soalan yang paling mencabar. Terdapat bahasa orang Terengganu dalam kertas itu. Saya terpaksa menjawab semua soalan dengan yakin walaupun ragu2. Kertas soalan yang paling ditakuti ialah BI paper 2. Arrrgghh! Tidak cukup masa mahu buat Section A (soalan yang terakhir dijawab). Tetapi moga2 jawapan saya dapat diterima dalam kategori A. Amin....Insya Allah. Kertas terakhir ialah Bahasa Arab Komunikasi (BAK). Saya difahamkan bahawa format BAK ini akan bertukar ketika saya di Form 4 & 5 nanti. Saya harap saya dapat memahami segala pengajaran ustaz dan ustazah yang mengajar saya BAK. Psst... ketika sebelum ujian waktu petang (Geo dan KH), saya tetiba tertidur menyebabkan saya terpaksa ulang kaji last minute ( tmbhn dgn puasa). Tapi harap ia tidak merosakkan jawapan saya.

Selepas PMR...
      Fuhhhhh! Lega rasanya habis PMR. Inilah masa untuk enjoy men sukan. Ada suatu ari, aq jadi man of the match kerana aq byk melepasi orang dan buat stail parkour, tetapi tidak pndai gol. Adui, sukar2...tetapi best memang best. Enjoy your life lar!! Hahaha, sekarang ni kena urus Majalah Sekolah pula kerana saya ahli sidang redaksi majalah sekolah. Tired but Addicted. Nampaknya khat yang ustaz Yassir berikan tu belum habis dicat lagi. Gantung sehingga tahun depan rasanya. Lepas jamuan2 lar pula, banyak betul mahu bayar. RM4+RM3=RM7 dikira banyak dah tu. Time tukar2 hadiah, saya teda kena bagi hadiah coz ada org tue tak hadir manakala Saifullah Ithnin dapat hadiah saya iaitu glow bear. Malangnya, dirampas oleh ustaz Naim kerana cuba mendedahkan hadiah saya kepada lampu untuk melihat glownya malam tersebut. Haha, ketawa hati kecilku melihat keadaan itu. Minggu depan saya terpaksa urus majalah sekolah yang belum selesai sebab sebelum ini majalah itu hanya dikumpulkan kasar2. Sekarang, Madam Zalina mahu memastikan setiap helaian majalah sekolah disemak betul2, betulkan kesalahan ejaan dan menyerikan lagi majalah sekolah itu. Sebenarnya, hanya form 4 sahaja yang sepatutnya urus perkara itu tetapi Madam ingin perkara ini cepat selesai dengan bantuan kami (Form 3). Diharapkan majalah sekolah tahun depan dapat perhatian dari semua pihak... AMIN....

Ahad, 28 Ogos 2011

Khatam Al-quran

Pada hari 26 Ogos 2011 bersamaan hari Jumaat, Penutupan Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan serentak buat pertama kali di Dewan Hamzah Al-Fansuri. Hmm...saya juga telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran tersebut setelah ditapis oleh Ustaz Naim Bin Majin. Saya agak kecewa kerana kawan-kawan saya iaitu Muhd. Fadhil Izat, Mohd. Yazid Syukri, Muhd. Al-Imran dan Hairi Gandayot tidak dapat menepati piawaian yang ditetapkan Ustaz Naim. Antara piawaian yang telah ditetapkan ialah doa selepas tarawih, doa selepas witir dan bacaan selang dua rakaat solat sunat tarawih.
Memang agak sukar sedikit tetapi tidak mematahkan semangat saya untuk menerobosi piawaian tersebut.
Aktiviti tasmi' ini dijalankan pada hari Rabu. Semoga kawan-kawanku berjaya pada tahun hadapan.

Pada hari seterusnya, hari Khamis, rehearsal Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan. Walaupun saya pernah mengikuti majlis ini tahun lepas di Masjid At-Taqwa tapi kali ini berbeza kerana majlis tersebut diadakan di Dewan Hamzah Al-Fansuri. Menurut Mohd. Sazali Bin Saini, majlis ini pernah diadakan di dewan pada tahun 2007 ketika Form 5 masih lagi Form 1.

Pada hari Jumaat, akhirnya majlis ini berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan video Aman Palestin. Seorang guru yang pernah pergi Palestin telah memberikan ceramah tentang Palestin yang dilanda kerusuhan oleh Israel.

Semoga Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran dapat diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan......

Selasa, 23 Ogos 2011

Kemanisan dalam puasa

Nampaknya kita telah menyambut bulan puasa pada bulan ogos. Pada 31 Ogos kita masih berpuasa dengan menahan kelaparan dan dahaga. Oleh itu, kita hendaklah sedar dan berfikir secara kritis tentang kesan baik berpuasa pada bulan kemerdekaan ini. Adalah tidak wajar orang Islam membatalkan puasa kerana penat melainkan golongan yang diharuskan. Antara faedah berpuasa ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Ini kerana perut kita berehat daripada penat bekerja selama 11 bulan tanpa henti di samping dapat mengawal nafsu makan kita. Selain itu, kita dapat memahami keadaan orang miskin dan fakir dalam menjalani kehidupan mereka seharian. Seterusnya, kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan mengharapkan malam Lailatul Qadar agar kita dapat melipatgandakan pahala kita selain sembahyang tarawih secara berjemaah. Banyakkan berzikir dan bertasbih memuji Allah. Amalan yang terbaik adalah sedekah kepada orang dalam bentuk apa-apa pun sama ada kewangan ataupun tenaga. Adalah wajar bagi kita mengkhatamkan Al-quran dalam puasa ini dengan 1 hari bersamaan 1 juzuk. Ada juga orang yang mengkhatamkan Al-quran sebanyak dua kali. Pada zaman sahabat, mereka mengkhatam Al-quran hanya pada SATU MALAM sahaja. Tawaduk sungguh mereka dalam menghabiskan bulan ramadhan dengan amalan sedemikian. Sehubungan dengan itu, kita wajar mencontohi para sahabat dan segera mengkhatamkan Al-quran. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini lebih diberkati. Amin...........

















Jumaat, 3 Jun 2011

Usaha

 Dengarkanlah lagu ini......

Aku harapkan perubahan pada diri.....

Khamis, 2 Jun 2011

Cinta Illahi

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Wujudkah perasaan cinta yang sejati di antara lelaki dan perempuan? Adakah mereka menepati syariat Islamiah? Hmmm, jika difikirkan, memang ada ditetapkan oleh syariat Islam iaitu bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana sebelum berkahwin, lelaki bukan mahram dan perempuan bukan mahram haram bersentuhan. Selepas berkahwin, sudah tentu halal. Sebenarnya, terdapat 3 peringkat cinta iaitu, cinta sejati, cinta sederhana dan cinta hina. Cinta sejati ialah sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Cinta sederhana ialah cinta sesama manusia seperti kasihkan sahabat, keluarga dan adik-beradik. Cinta hina ialah cinta kepada jin dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia daripada mengingati Allah.

Oleh itu, jika sudah ada hati yang berkenan antara satu sama lain, bermujahadahlah dengan cinta itu. Anggaplah cinta kepada Allah lebih penting daripada cinta sesama manusia. Secara langsung, Allah sentiasa memberikan kita pertolongan dan kebahagiaan bersama pasangan anda. Tunggulah sehingga saat-saat yang amat sesuai untuk berkahwin dan janganlah menjalinkan hubungan intim dan rapat sehingga lupa halal haramnya.

Kenalilah pasangan anda selepas berkahwin, ya??
Sama-sama kita fikirkan tentang keadaan zaman Rasullah S.A.W. Contohnya, Khadijah. Beliau berhajat untuk meminang Rasullah lalu menghantar Maisarah sebagai pengantara. Rasullah menyambutnya dengan baik dan meminang Siti Khadijah yang berusia 40 tahun. Tengok, walaupun Siti Khadijah itu kaya dan merupakan majikan kepada Rasullah yang hanya menjadi orang bawahannya sahaja, beliau menghormati Rasullah yang telah menjalankan kewajipannya dengan baik. Contohilah Junjungan kita iaitu Rasullah S.A.W dalam hal mendirikan rumahtangga. Terdapat banyak lagi contoh lain tetapi setakat ini sahaja yang saya dapat sampaikan.
Semoga mendapat iktibar dan pengajaran dalam hal ini....

Cita-cita

Setiap insan mempunyai cita-cita tersendiri mengikut minat dan kecenderungan terhadap sesuatu perkara. Contohnya, juruterbang, doktor, jururawat, cikgu, dan lain-lain. Semuanya menyumbang kepada ekonomi negara. Tanpa pekerjaan ini, negara sudah tentu mundur dan tidak mencapai tahap kemajuan pada zaman kini. Secara tidak sedar, kerajaan telah mewujudkan pelbagai sektor pekerjaan seperti sektor pertanian, perikanan, perlombongan, perindustrian, dan pelbagai lagi.

Akan tetapi, kita sering dengar ramai pemuda pemudi yang menganggur akibat tiada peluang pekerjaan. Mereka tidak pula cuba untuk bidang-bidang yang berkaitan dengan pertanian atau perikanan kerana bimbang akan 'kekotoran'. Oleh yang demikian sedarlah, wahai generasi zaman sekarang. Kita yang bakal mewarisi khazanah negara kita. Pilihlah cita-cita kita agar dapat memurnikan lagi negara kita dan seterusnya memajukan negara kita sebagai sebuah negara Islam yang terbaik. Walaupun harga minyak dan barang baik,seharusnya rakyat harus terus berusaha mencari kerja tambahan sebagai pendapatan sampingan. Pihak kerajaan pula hendaklah memikirkan kepentingan rakyat yang kian sengsara akibat kenaikan harga minyak. Pada masa dahulu, kita boleh memerdekakan negara. Mengapa pada masa kini, semuanya menurun? Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan kemakmuran negara.

Wahai generasiku,
Capailah cita-cita dengan penuh keazaman, bukannya dengan sambil lewa atau ala kadar. Masa hadapan negara terletak pada tangan kita jua, kan? Ingatlah setiap masa....



Lagu 1 Malaysia

Rabu, 1 Jun 2011

Tokoh-tokoh Islam

Semakin hari semakin banyak buku tokoh-tokoh islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talib ( Penulis no.1 di Malaysia). Kita harus bersyukur kerana beliau telah membuka mata dan hati kita tentang perjuangan orang-umat Islam zaman dahulu. Umat Islam zaman dahulu jauh lebih maju berbanding umat Islam zaman sekarang yang kian mundur. Mengapakah kita semakin dipengaruhi oleh budaya Barat? Tidakkah kita sedar bahawa kita telah diracuni oleh fikiran-fikiran negatif. Orang Barat telah lama menyerang kita melalui mentaliti kerana mereka sedar mereka tidak dapat menyerang kita melalui fizikal. Hal ini demikian kita mempunyai semangat jihad dan mati syahid yang tinggi. Akan tetapi, umat Islam zaman sekarang semakin mundur dan terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kejahilan. Mahu tidak mahu, saban hari kita mendengar berita bayi dibuang akibat hubungan seks rambang. Mahukah kita menjalani kehidupan orang Arab jahiliah zaman dahulu? Sudah tentu tidak. Contohilah pahlawan-pahlawan Islam yang sentiasa mengingati Allah dan mahu masuk syurga bersama Rasullah S.A.W.
Kesimpulannya, jangan terlalu bertindak mengikut nafsu syaitan yang sering melalaikan kita daripada mengingati Allah. Sebaliknya, kurangkan benda yang melalaikan kita dan jauhi maksiat. Sama-samalah kita berubah....

Dengarkan video Tokoh Islam ini yang berjaya membebaskan Kota Konstantin ( Sebuah kota agung milik Maharaja Rom dan sukar ditembusi rantai besinya di Tanduk Emas serta kukuh binaan temboknya).




Nasyid yang tercipta untuknya.


Penceritaan tentang sejarahnya.

Khamis, 17 Mac 2011

Kawan

Andainya kita ditakdirkan mempunyai ramai kawan, hendaklarh kita berhati-hati memilihnya kerana ada di antara mereka boleh mempengaruhi kita ke jalan maksiat. Adakalanya orang yang tidak mempunyai kawan pun mampu untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang sejati. Sukar diungkapkan bagaimana mereka melakukannya tetapi dengan pertolongan Allah, mereka berjaya mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat. Kita semua mampu melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar tetapi hati kita yang sering dibisik oleh syaitan sentiasa menggugat iman kita agar terus melakukan perkara-perkara haram. Perkara yang secara jelasnya haram dianggap suatu perbuatan yang sudah biasa dalam kehidupan.
Kesimpulannya, kita jagalah hati dan iman kita. Cegahlah dengan berhikmah iaitu menggunakan tangan (kuasa), jika tidak mampu, gunakan lidah (lisan), dan yang paling tidak mampu, gunakan hati yakni membencinya dan tidak melakukannya. Wallahualam.


Semoga sentiasa dalam keadaan sihat kawan-kawan. Betapa indahnya persahabatan yang erat dan bersama-sama membina wawasan agama islam yang cemerlang.

Isnin, 14 Mac 2011

Perubahan Dunia

Dunia berubah akibat manusia yang semakin mementingkan hiburan semata-mata. Dahulu, bangsa Melayu amat mementingkan adat dan budaya. Contohnya seperti sistem serah iaitu kesanggupan rakyat memberikan tanah kepada raja kerana ketaatannya kepada raja. Selain itu, sistem kerah juga merupakan kesanggupan rakyat untuk membina masjid, jalan dan istana demi raja yang mentadbir negeri. Jika rakyat tidak bersatu padu, tugas raja mungkin tidak berjaya dilaksanakan. Rakyat ibarat akar, Raja ibarat pohon, Tanpa akar tiadalah pohon.

Dasawarsa ini, negara kita semakin maju berikutan ekonomi negara turut berkembang. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, landasan kereta api dan lapangan kapal terbang dapat meningkatkan tahap ketersampaian ke sesuatu tempat. Dengan itu, berlakulah juga migrasi bandar ke bandar,bandar ke luar bandar,luar bandar ke luar bandar dan luar bandar ke bandar. Sememangnya migrasi luar bandar ke bandar semakin meningkat setiap bulan apatah lagi setiap hari kerana banyak peluang pekerjaan yang disediakan di bandar seperti industri berat, industri petroleum,industri perkilangan, industri perniagaan kain songket dan berbagai lagi.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kepada lapisan masyarakat ialah kenapa anak-anak generasi zaman sekarang dimanjakan dan terpengaruh dengan budaya Barat seperti hiburan dan hubungan sosial yang tiada batasan. Dalam Islam, kita seharusnya lebih membatasi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Anak-anak kita tidak harus dimanjakan tetapi dididik dengan ilmu agama seperti mengaji, menelaah pelajaran tajwid, fekah, tauhid, tafsir, khat, bahasa Arab dan lain-lain. Janganlah terlalu manjakan anak sehingga tidak mahu anak dihukum di sekolah apabila anak melakukan kesalahan. Biarkan anak itu dihukum dan menyedari kesilapannya......

Kesimpulannya, kita sebagai generasi muda yang akan mewarisi khazanah tanah air kita hendaklah mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara. Ingatlah jasa-jasa tokoh negara yang telah berjaya membebaskan tanah air daripada ancaman kuasa barat. Kita mempelajari sejarah kerana suatu kata pepatah iaitu, "orang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulangi sejarah yang telah berlaku".

Cuti Penggal

Pada minggu ini, saya tidak merancang untuk keluar rumah. Lagipun, ibu bapa saya sibuk dalam urusan masing-masing. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki blog saya.......

Dengar ini cerita......
Pada suatu hari, ada seekor kucing bernama Mun merayau-rayau di sekitar gerai makanan. Badannya ditumbuhi kurap dan nanah. Meskipun badannya terasa sakit dan perit, digagahinya juga untuk mencari makanan bagi mengisi perutnya yang sudah 4 hari tidak makan.
"Shuuuhhhh! Shuuuhhhhh! Pergi jahanam kau kucing. Tak usah engkau menganggu aku. Engkau nak aku bankrap ka?!!", kata peniaga itu dengan bengis. Lalu, dihambatnya kucing itu dengan batang penyapu lidi. Bertambah teruk luka pada badan Mun.
Adakah aku ini sungguh keji? Aku cuma mengharapkan sedikit makanan sebagai alas perutku. Oh, Tuhanku, aku cuba menempuhi dugaan yang Engkau berikan kepada ku.
Meskipun perkara ini sudah menjadi darah dagingku dan aku sudah lali menerimanya, tetapi mungkinkah aku dapat bertahan lama hidup di muka bumi ini??

Maka, berjengket-jengketlarh Mun menuju ke suatu lorong yang sunyi. Dia ternampak sebuah tong sampah lalu mengais mencari sisa-sisa makanan.
Aaauurrgghhh!! Aaauurrgghhh!!
Apabila Mun berpaling ke arah suara itu, dia terlihat 5 ekor anjing berada belakangnya. Dengan badan yang lemah, dia segera berlari menyelamatkan diri. Dalam keadaan ketakutan, dia berlari menuju ke sebuah rumah banglo.
Ya Tuhanku, lepas satu dugaan, muncul pula dugaan yang lain. Semoga Engkau sentiasa memberikanku kesabaran yang tinggi.
Dalam banglo itu, terdapat seekor kucing yang baik rupa parasnya. Berbulu lebat bewarna putih. Mun berkenalan dengan kucing itu yang bernama Alice. Mereka bercerita tentang pengalaman hidup mereka. Alice,berasa hidupnya bahagia dan sihat di sisi tuannya, namun tidak dapat merasai kebebasan seperti Mun. Mun sedar tentang kebebasannya namun dia lebih bersyukur jika dia dapat jagaan yang baik seperti Alice. Akhirnya mereka bersetuju untuk bertukar tempat. Mun menolak kunci mangga dengan kepalanya hingga berdarah. Dia tidak berputus asa dan mencuba dan terus mencuba.
"Ayaaaaaaaahhhh! Ada kucing kurap cuba menceroboh sangkar Alice!!!", jerit seorang budak perempuan. Ayahnya keluar dengan kayu golf lalu memukul Mun dengan sekuat hatinya. Mun terpelanting 3 meter dari sangkar Alice. Lelaki tersebut memukul Mun lagi sehingga Mun hampir-hampir putus nafas.
"Mun!!! Lari!! Mun, lari cepat!!!", jerita Alice. Mun menggagahi dirinya berlari dari lelaki tersebut. Mun tidak terdaya lagi untuk meneruskan lariannya. Dia terkulai lemah di tengah jalan raya.
"Oh Tuhanku, mungkin sampai di sini sahajalah riwayat hidupku", rintih hati Mun.
Dia terdengar sebuah kereta menghampirinya lalu memejamkan matanya. Tanpa disangka, kereta tersebut berhenti. Seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta tersebut.
"Oh, kasihan sungguh kucing ini. Siapa yang tergamak memukulnya sehingga begini? Jom bawa kucing ini ke hospital", kata perempuan itu. Mun berasa syukur kepada Tuhan kerana memberinya sinar harapan untuk hidup.

Oleh itu, bersyukurlarh kita kepada Allah kerana memberi kita kehidupan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Tanpa Allah, kita mungkin tiada di muka bumi ini......

Ahad, 13 Mac 2011

First Day

Hari Pertama Pembikinan Blogger saya. Tanpa disangka, kelab saya iaitu kelab komputer telah menjalankan aktiviti membuat blog. Meskipun terpaksa, tetapi saya dengan sedaya upaya saya cuba menghasilkan blog yang dapat menarik perhatian ramai orang......