Assalamulaikum

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran atas apa yang saya cuba sampaikan....

Jumaat, 3 Jun 2011

Usaha

 Dengarkanlah lagu ini......

Aku harapkan perubahan pada diri.....

Khamis, 2 Jun 2011

Cinta Illahi

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Wujudkah perasaan cinta yang sejati di antara lelaki dan perempuan? Adakah mereka menepati syariat Islamiah? Hmmm, jika difikirkan, memang ada ditetapkan oleh syariat Islam iaitu bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana sebelum berkahwin, lelaki bukan mahram dan perempuan bukan mahram haram bersentuhan. Selepas berkahwin, sudah tentu halal. Sebenarnya, terdapat 3 peringkat cinta iaitu, cinta sejati, cinta sederhana dan cinta hina. Cinta sejati ialah sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Cinta sederhana ialah cinta sesama manusia seperti kasihkan sahabat, keluarga dan adik-beradik. Cinta hina ialah cinta kepada jin dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia daripada mengingati Allah.

Oleh itu, jika sudah ada hati yang berkenan antara satu sama lain, bermujahadahlah dengan cinta itu. Anggaplah cinta kepada Allah lebih penting daripada cinta sesama manusia. Secara langsung, Allah sentiasa memberikan kita pertolongan dan kebahagiaan bersama pasangan anda. Tunggulah sehingga saat-saat yang amat sesuai untuk berkahwin dan janganlah menjalinkan hubungan intim dan rapat sehingga lupa halal haramnya.

Kenalilah pasangan anda selepas berkahwin, ya??
Sama-sama kita fikirkan tentang keadaan zaman Rasullah S.A.W. Contohnya, Khadijah. Beliau berhajat untuk meminang Rasullah lalu menghantar Maisarah sebagai pengantara. Rasullah menyambutnya dengan baik dan meminang Siti Khadijah yang berusia 40 tahun. Tengok, walaupun Siti Khadijah itu kaya dan merupakan majikan kepada Rasullah yang hanya menjadi orang bawahannya sahaja, beliau menghormati Rasullah yang telah menjalankan kewajipannya dengan baik. Contohilah Junjungan kita iaitu Rasullah S.A.W dalam hal mendirikan rumahtangga. Terdapat banyak lagi contoh lain tetapi setakat ini sahaja yang saya dapat sampaikan.
Semoga mendapat iktibar dan pengajaran dalam hal ini....

Cita-cita

Setiap insan mempunyai cita-cita tersendiri mengikut minat dan kecenderungan terhadap sesuatu perkara. Contohnya, juruterbang, doktor, jururawat, cikgu, dan lain-lain. Semuanya menyumbang kepada ekonomi negara. Tanpa pekerjaan ini, negara sudah tentu mundur dan tidak mencapai tahap kemajuan pada zaman kini. Secara tidak sedar, kerajaan telah mewujudkan pelbagai sektor pekerjaan seperti sektor pertanian, perikanan, perlombongan, perindustrian, dan pelbagai lagi.

Akan tetapi, kita sering dengar ramai pemuda pemudi yang menganggur akibat tiada peluang pekerjaan. Mereka tidak pula cuba untuk bidang-bidang yang berkaitan dengan pertanian atau perikanan kerana bimbang akan 'kekotoran'. Oleh yang demikian sedarlah, wahai generasi zaman sekarang. Kita yang bakal mewarisi khazanah negara kita. Pilihlah cita-cita kita agar dapat memurnikan lagi negara kita dan seterusnya memajukan negara kita sebagai sebuah negara Islam yang terbaik. Walaupun harga minyak dan barang baik,seharusnya rakyat harus terus berusaha mencari kerja tambahan sebagai pendapatan sampingan. Pihak kerajaan pula hendaklah memikirkan kepentingan rakyat yang kian sengsara akibat kenaikan harga minyak. Pada masa dahulu, kita boleh memerdekakan negara. Mengapa pada masa kini, semuanya menurun? Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan kemakmuran negara.

Wahai generasiku,
Capailah cita-cita dengan penuh keazaman, bukannya dengan sambil lewa atau ala kadar. Masa hadapan negara terletak pada tangan kita jua, kan? Ingatlah setiap masa....



Lagu 1 Malaysia

Rabu, 1 Jun 2011

Tokoh-tokoh Islam

Semakin hari semakin banyak buku tokoh-tokoh islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talib ( Penulis no.1 di Malaysia). Kita harus bersyukur kerana beliau telah membuka mata dan hati kita tentang perjuangan orang-umat Islam zaman dahulu. Umat Islam zaman dahulu jauh lebih maju berbanding umat Islam zaman sekarang yang kian mundur. Mengapakah kita semakin dipengaruhi oleh budaya Barat? Tidakkah kita sedar bahawa kita telah diracuni oleh fikiran-fikiran negatif. Orang Barat telah lama menyerang kita melalui mentaliti kerana mereka sedar mereka tidak dapat menyerang kita melalui fizikal. Hal ini demikian kita mempunyai semangat jihad dan mati syahid yang tinggi. Akan tetapi, umat Islam zaman sekarang semakin mundur dan terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kejahilan. Mahu tidak mahu, saban hari kita mendengar berita bayi dibuang akibat hubungan seks rambang. Mahukah kita menjalani kehidupan orang Arab jahiliah zaman dahulu? Sudah tentu tidak. Contohilah pahlawan-pahlawan Islam yang sentiasa mengingati Allah dan mahu masuk syurga bersama Rasullah S.A.W.
Kesimpulannya, jangan terlalu bertindak mengikut nafsu syaitan yang sering melalaikan kita daripada mengingati Allah. Sebaliknya, kurangkan benda yang melalaikan kita dan jauhi maksiat. Sama-samalah kita berubah....

Dengarkan video Tokoh Islam ini yang berjaya membebaskan Kota Konstantin ( Sebuah kota agung milik Maharaja Rom dan sukar ditembusi rantai besinya di Tanduk Emas serta kukuh binaan temboknya).




Nasyid yang tercipta untuknya.


Penceritaan tentang sejarahnya.