Assalamulaikum

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran atas apa yang saya cuba sampaikan....

Khamis, 2 Jun 2011

Cinta Illahi

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Wujudkah perasaan cinta yang sejati di antara lelaki dan perempuan? Adakah mereka menepati syariat Islamiah? Hmmm, jika difikirkan, memang ada ditetapkan oleh syariat Islam iaitu bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana sebelum berkahwin, lelaki bukan mahram dan perempuan bukan mahram haram bersentuhan. Selepas berkahwin, sudah tentu halal. Sebenarnya, terdapat 3 peringkat cinta iaitu, cinta sejati, cinta sederhana dan cinta hina. Cinta sejati ialah sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Cinta sederhana ialah cinta sesama manusia seperti kasihkan sahabat, keluarga dan adik-beradik. Cinta hina ialah cinta kepada jin dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia daripada mengingati Allah.

Oleh itu, jika sudah ada hati yang berkenan antara satu sama lain, bermujahadahlah dengan cinta itu. Anggaplah cinta kepada Allah lebih penting daripada cinta sesama manusia. Secara langsung, Allah sentiasa memberikan kita pertolongan dan kebahagiaan bersama pasangan anda. Tunggulah sehingga saat-saat yang amat sesuai untuk berkahwin dan janganlah menjalinkan hubungan intim dan rapat sehingga lupa halal haramnya.

Kenalilah pasangan anda selepas berkahwin, ya??
Sama-sama kita fikirkan tentang keadaan zaman Rasullah S.A.W. Contohnya, Khadijah. Beliau berhajat untuk meminang Rasullah lalu menghantar Maisarah sebagai pengantara. Rasullah menyambutnya dengan baik dan meminang Siti Khadijah yang berusia 40 tahun. Tengok, walaupun Siti Khadijah itu kaya dan merupakan majikan kepada Rasullah yang hanya menjadi orang bawahannya sahaja, beliau menghormati Rasullah yang telah menjalankan kewajipannya dengan baik. Contohilah Junjungan kita iaitu Rasullah S.A.W dalam hal mendirikan rumahtangga. Terdapat banyak lagi contoh lain tetapi setakat ini sahaja yang saya dapat sampaikan.
Semoga mendapat iktibar dan pengajaran dalam hal ini....

2 ulasan: