Assalamulaikum

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran atas apa yang saya cuba sampaikan....

Ahad, 28 Ogos 2011

Khatam Al-quran

Pada hari 26 Ogos 2011 bersamaan hari Jumaat, Penutupan Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan serentak buat pertama kali di Dewan Hamzah Al-Fansuri. Hmm...saya juga telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran tersebut setelah ditapis oleh Ustaz Naim Bin Majin. Saya agak kecewa kerana kawan-kawan saya iaitu Muhd. Fadhil Izat, Mohd. Yazid Syukri, Muhd. Al-Imran dan Hairi Gandayot tidak dapat menepati piawaian yang ditetapkan Ustaz Naim. Antara piawaian yang telah ditetapkan ialah doa selepas tarawih, doa selepas witir dan bacaan selang dua rakaat solat sunat tarawih.
Memang agak sukar sedikit tetapi tidak mematahkan semangat saya untuk menerobosi piawaian tersebut.
Aktiviti tasmi' ini dijalankan pada hari Rabu. Semoga kawan-kawanku berjaya pada tahun hadapan.

Pada hari seterusnya, hari Khamis, rehearsal Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan. Walaupun saya pernah mengikuti majlis ini tahun lepas di Masjid At-Taqwa tapi kali ini berbeza kerana majlis tersebut diadakan di Dewan Hamzah Al-Fansuri. Menurut Mohd. Sazali Bin Saini, majlis ini pernah diadakan di dewan pada tahun 2007 ketika Form 5 masih lagi Form 1.

Pada hari Jumaat, akhirnya majlis ini berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan video Aman Palestin. Seorang guru yang pernah pergi Palestin telah memberikan ceramah tentang Palestin yang dilanda kerusuhan oleh Israel.

Semoga Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran dapat diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan......

Selasa, 23 Ogos 2011

Kemanisan dalam puasa

Nampaknya kita telah menyambut bulan puasa pada bulan ogos. Pada 31 Ogos kita masih berpuasa dengan menahan kelaparan dan dahaga. Oleh itu, kita hendaklah sedar dan berfikir secara kritis tentang kesan baik berpuasa pada bulan kemerdekaan ini. Adalah tidak wajar orang Islam membatalkan puasa kerana penat melainkan golongan yang diharuskan. Antara faedah berpuasa ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Ini kerana perut kita berehat daripada penat bekerja selama 11 bulan tanpa henti di samping dapat mengawal nafsu makan kita. Selain itu, kita dapat memahami keadaan orang miskin dan fakir dalam menjalani kehidupan mereka seharian. Seterusnya, kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan mengharapkan malam Lailatul Qadar agar kita dapat melipatgandakan pahala kita selain sembahyang tarawih secara berjemaah. Banyakkan berzikir dan bertasbih memuji Allah. Amalan yang terbaik adalah sedekah kepada orang dalam bentuk apa-apa pun sama ada kewangan ataupun tenaga. Adalah wajar bagi kita mengkhatamkan Al-quran dalam puasa ini dengan 1 hari bersamaan 1 juzuk. Ada juga orang yang mengkhatamkan Al-quran sebanyak dua kali. Pada zaman sahabat, mereka mengkhatam Al-quran hanya pada SATU MALAM sahaja. Tawaduk sungguh mereka dalam menghabiskan bulan ramadhan dengan amalan sedemikian. Sehubungan dengan itu, kita wajar mencontohi para sahabat dan segera mengkhatamkan Al-quran. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini lebih diberkati. Amin...........