Assalamulaikum

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran atas apa yang saya cuba sampaikan....

Khamis, 17 Mac 2011

Kawan

Andainya kita ditakdirkan mempunyai ramai kawan, hendaklarh kita berhati-hati memilihnya kerana ada di antara mereka boleh mempengaruhi kita ke jalan maksiat. Adakalanya orang yang tidak mempunyai kawan pun mampu untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang sejati. Sukar diungkapkan bagaimana mereka melakukannya tetapi dengan pertolongan Allah, mereka berjaya mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat. Kita semua mampu melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar tetapi hati kita yang sering dibisik oleh syaitan sentiasa menggugat iman kita agar terus melakukan perkara-perkara haram. Perkara yang secara jelasnya haram dianggap suatu perbuatan yang sudah biasa dalam kehidupan.
Kesimpulannya, kita jagalah hati dan iman kita. Cegahlah dengan berhikmah iaitu menggunakan tangan (kuasa), jika tidak mampu, gunakan lidah (lisan), dan yang paling tidak mampu, gunakan hati yakni membencinya dan tidak melakukannya. Wallahualam.


Semoga sentiasa dalam keadaan sihat kawan-kawan. Betapa indahnya persahabatan yang erat dan bersama-sama membina wawasan agama islam yang cemerlang.

Isnin, 14 Mac 2011

Perubahan Dunia

Dunia berubah akibat manusia yang semakin mementingkan hiburan semata-mata. Dahulu, bangsa Melayu amat mementingkan adat dan budaya. Contohnya seperti sistem serah iaitu kesanggupan rakyat memberikan tanah kepada raja kerana ketaatannya kepada raja. Selain itu, sistem kerah juga merupakan kesanggupan rakyat untuk membina masjid, jalan dan istana demi raja yang mentadbir negeri. Jika rakyat tidak bersatu padu, tugas raja mungkin tidak berjaya dilaksanakan. Rakyat ibarat akar, Raja ibarat pohon, Tanpa akar tiadalah pohon.

Dasawarsa ini, negara kita semakin maju berikutan ekonomi negara turut berkembang. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, landasan kereta api dan lapangan kapal terbang dapat meningkatkan tahap ketersampaian ke sesuatu tempat. Dengan itu, berlakulah juga migrasi bandar ke bandar,bandar ke luar bandar,luar bandar ke luar bandar dan luar bandar ke bandar. Sememangnya migrasi luar bandar ke bandar semakin meningkat setiap bulan apatah lagi setiap hari kerana banyak peluang pekerjaan yang disediakan di bandar seperti industri berat, industri petroleum,industri perkilangan, industri perniagaan kain songket dan berbagai lagi.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kepada lapisan masyarakat ialah kenapa anak-anak generasi zaman sekarang dimanjakan dan terpengaruh dengan budaya Barat seperti hiburan dan hubungan sosial yang tiada batasan. Dalam Islam, kita seharusnya lebih membatasi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Anak-anak kita tidak harus dimanjakan tetapi dididik dengan ilmu agama seperti mengaji, menelaah pelajaran tajwid, fekah, tauhid, tafsir, khat, bahasa Arab dan lain-lain. Janganlah terlalu manjakan anak sehingga tidak mahu anak dihukum di sekolah apabila anak melakukan kesalahan. Biarkan anak itu dihukum dan menyedari kesilapannya......

Kesimpulannya, kita sebagai generasi muda yang akan mewarisi khazanah tanah air kita hendaklah mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara. Ingatlah jasa-jasa tokoh negara yang telah berjaya membebaskan tanah air daripada ancaman kuasa barat. Kita mempelajari sejarah kerana suatu kata pepatah iaitu, "orang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulangi sejarah yang telah berlaku".

Cuti Penggal

Pada minggu ini, saya tidak merancang untuk keluar rumah. Lagipun, ibu bapa saya sibuk dalam urusan masing-masing. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki blog saya.......

Dengar ini cerita......
Pada suatu hari, ada seekor kucing bernama Mun merayau-rayau di sekitar gerai makanan. Badannya ditumbuhi kurap dan nanah. Meskipun badannya terasa sakit dan perit, digagahinya juga untuk mencari makanan bagi mengisi perutnya yang sudah 4 hari tidak makan.
"Shuuuhhhh! Shuuuhhhhh! Pergi jahanam kau kucing. Tak usah engkau menganggu aku. Engkau nak aku bankrap ka?!!", kata peniaga itu dengan bengis. Lalu, dihambatnya kucing itu dengan batang penyapu lidi. Bertambah teruk luka pada badan Mun.
Adakah aku ini sungguh keji? Aku cuma mengharapkan sedikit makanan sebagai alas perutku. Oh, Tuhanku, aku cuba menempuhi dugaan yang Engkau berikan kepada ku.
Meskipun perkara ini sudah menjadi darah dagingku dan aku sudah lali menerimanya, tetapi mungkinkah aku dapat bertahan lama hidup di muka bumi ini??

Maka, berjengket-jengketlarh Mun menuju ke suatu lorong yang sunyi. Dia ternampak sebuah tong sampah lalu mengais mencari sisa-sisa makanan.
Aaauurrgghhh!! Aaauurrgghhh!!
Apabila Mun berpaling ke arah suara itu, dia terlihat 5 ekor anjing berada belakangnya. Dengan badan yang lemah, dia segera berlari menyelamatkan diri. Dalam keadaan ketakutan, dia berlari menuju ke sebuah rumah banglo.
Ya Tuhanku, lepas satu dugaan, muncul pula dugaan yang lain. Semoga Engkau sentiasa memberikanku kesabaran yang tinggi.
Dalam banglo itu, terdapat seekor kucing yang baik rupa parasnya. Berbulu lebat bewarna putih. Mun berkenalan dengan kucing itu yang bernama Alice. Mereka bercerita tentang pengalaman hidup mereka. Alice,berasa hidupnya bahagia dan sihat di sisi tuannya, namun tidak dapat merasai kebebasan seperti Mun. Mun sedar tentang kebebasannya namun dia lebih bersyukur jika dia dapat jagaan yang baik seperti Alice. Akhirnya mereka bersetuju untuk bertukar tempat. Mun menolak kunci mangga dengan kepalanya hingga berdarah. Dia tidak berputus asa dan mencuba dan terus mencuba.
"Ayaaaaaaaahhhh! Ada kucing kurap cuba menceroboh sangkar Alice!!!", jerit seorang budak perempuan. Ayahnya keluar dengan kayu golf lalu memukul Mun dengan sekuat hatinya. Mun terpelanting 3 meter dari sangkar Alice. Lelaki tersebut memukul Mun lagi sehingga Mun hampir-hampir putus nafas.
"Mun!!! Lari!! Mun, lari cepat!!!", jerita Alice. Mun menggagahi dirinya berlari dari lelaki tersebut. Mun tidak terdaya lagi untuk meneruskan lariannya. Dia terkulai lemah di tengah jalan raya.
"Oh Tuhanku, mungkin sampai di sini sahajalah riwayat hidupku", rintih hati Mun.
Dia terdengar sebuah kereta menghampirinya lalu memejamkan matanya. Tanpa disangka, kereta tersebut berhenti. Seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta tersebut.
"Oh, kasihan sungguh kucing ini. Siapa yang tergamak memukulnya sehingga begini? Jom bawa kucing ini ke hospital", kata perempuan itu. Mun berasa syukur kepada Tuhan kerana memberinya sinar harapan untuk hidup.

Oleh itu, bersyukurlarh kita kepada Allah kerana memberi kita kehidupan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Tanpa Allah, kita mungkin tiada di muka bumi ini......

Ahad, 13 Mac 2011

First Day

Hari Pertama Pembikinan Blogger saya. Tanpa disangka, kelab saya iaitu kelab komputer telah menjalankan aktiviti membuat blog. Meskipun terpaksa, tetapi saya dengan sedaya upaya saya cuba menghasilkan blog yang dapat menarik perhatian ramai orang......