Assalamulaikum

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran atas apa yang saya cuba sampaikan....

Isnin, 14 Mac 2011

Perubahan Dunia

Dunia berubah akibat manusia yang semakin mementingkan hiburan semata-mata. Dahulu, bangsa Melayu amat mementingkan adat dan budaya. Contohnya seperti sistem serah iaitu kesanggupan rakyat memberikan tanah kepada raja kerana ketaatannya kepada raja. Selain itu, sistem kerah juga merupakan kesanggupan rakyat untuk membina masjid, jalan dan istana demi raja yang mentadbir negeri. Jika rakyat tidak bersatu padu, tugas raja mungkin tidak berjaya dilaksanakan. Rakyat ibarat akar, Raja ibarat pohon, Tanpa akar tiadalah pohon.

Dasawarsa ini, negara kita semakin maju berikutan ekonomi negara turut berkembang. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, landasan kereta api dan lapangan kapal terbang dapat meningkatkan tahap ketersampaian ke sesuatu tempat. Dengan itu, berlakulah juga migrasi bandar ke bandar,bandar ke luar bandar,luar bandar ke luar bandar dan luar bandar ke bandar. Sememangnya migrasi luar bandar ke bandar semakin meningkat setiap bulan apatah lagi setiap hari kerana banyak peluang pekerjaan yang disediakan di bandar seperti industri berat, industri petroleum,industri perkilangan, industri perniagaan kain songket dan berbagai lagi.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kepada lapisan masyarakat ialah kenapa anak-anak generasi zaman sekarang dimanjakan dan terpengaruh dengan budaya Barat seperti hiburan dan hubungan sosial yang tiada batasan. Dalam Islam, kita seharusnya lebih membatasi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Anak-anak kita tidak harus dimanjakan tetapi dididik dengan ilmu agama seperti mengaji, menelaah pelajaran tajwid, fekah, tauhid, tafsir, khat, bahasa Arab dan lain-lain. Janganlah terlalu manjakan anak sehingga tidak mahu anak dihukum di sekolah apabila anak melakukan kesalahan. Biarkan anak itu dihukum dan menyedari kesilapannya......

Kesimpulannya, kita sebagai generasi muda yang akan mewarisi khazanah tanah air kita hendaklah mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara. Ingatlah jasa-jasa tokoh negara yang telah berjaya membebaskan tanah air daripada ancaman kuasa barat. Kita mempelajari sejarah kerana suatu kata pepatah iaitu, "orang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulangi sejarah yang telah berlaku".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan