Assalamulaikum

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran atas apa yang saya cuba sampaikan....

Isnin, 14 Mac 2011

Cuti Penggal

Pada minggu ini, saya tidak merancang untuk keluar rumah. Lagipun, ibu bapa saya sibuk dalam urusan masing-masing. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki blog saya.......

Dengar ini cerita......
Pada suatu hari, ada seekor kucing bernama Mun merayau-rayau di sekitar gerai makanan. Badannya ditumbuhi kurap dan nanah. Meskipun badannya terasa sakit dan perit, digagahinya juga untuk mencari makanan bagi mengisi perutnya yang sudah 4 hari tidak makan.
"Shuuuhhhh! Shuuuhhhhh! Pergi jahanam kau kucing. Tak usah engkau menganggu aku. Engkau nak aku bankrap ka?!!", kata peniaga itu dengan bengis. Lalu, dihambatnya kucing itu dengan batang penyapu lidi. Bertambah teruk luka pada badan Mun.
Adakah aku ini sungguh keji? Aku cuma mengharapkan sedikit makanan sebagai alas perutku. Oh, Tuhanku, aku cuba menempuhi dugaan yang Engkau berikan kepada ku.
Meskipun perkara ini sudah menjadi darah dagingku dan aku sudah lali menerimanya, tetapi mungkinkah aku dapat bertahan lama hidup di muka bumi ini??

Maka, berjengket-jengketlarh Mun menuju ke suatu lorong yang sunyi. Dia ternampak sebuah tong sampah lalu mengais mencari sisa-sisa makanan.
Aaauurrgghhh!! Aaauurrgghhh!!
Apabila Mun berpaling ke arah suara itu, dia terlihat 5 ekor anjing berada belakangnya. Dengan badan yang lemah, dia segera berlari menyelamatkan diri. Dalam keadaan ketakutan, dia berlari menuju ke sebuah rumah banglo.
Ya Tuhanku, lepas satu dugaan, muncul pula dugaan yang lain. Semoga Engkau sentiasa memberikanku kesabaran yang tinggi.
Dalam banglo itu, terdapat seekor kucing yang baik rupa parasnya. Berbulu lebat bewarna putih. Mun berkenalan dengan kucing itu yang bernama Alice. Mereka bercerita tentang pengalaman hidup mereka. Alice,berasa hidupnya bahagia dan sihat di sisi tuannya, namun tidak dapat merasai kebebasan seperti Mun. Mun sedar tentang kebebasannya namun dia lebih bersyukur jika dia dapat jagaan yang baik seperti Alice. Akhirnya mereka bersetuju untuk bertukar tempat. Mun menolak kunci mangga dengan kepalanya hingga berdarah. Dia tidak berputus asa dan mencuba dan terus mencuba.
"Ayaaaaaaaahhhh! Ada kucing kurap cuba menceroboh sangkar Alice!!!", jerit seorang budak perempuan. Ayahnya keluar dengan kayu golf lalu memukul Mun dengan sekuat hatinya. Mun terpelanting 3 meter dari sangkar Alice. Lelaki tersebut memukul Mun lagi sehingga Mun hampir-hampir putus nafas.
"Mun!!! Lari!! Mun, lari cepat!!!", jerita Alice. Mun menggagahi dirinya berlari dari lelaki tersebut. Mun tidak terdaya lagi untuk meneruskan lariannya. Dia terkulai lemah di tengah jalan raya.
"Oh Tuhanku, mungkin sampai di sini sahajalah riwayat hidupku", rintih hati Mun.
Dia terdengar sebuah kereta menghampirinya lalu memejamkan matanya. Tanpa disangka, kereta tersebut berhenti. Seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta tersebut.
"Oh, kasihan sungguh kucing ini. Siapa yang tergamak memukulnya sehingga begini? Jom bawa kucing ini ke hospital", kata perempuan itu. Mun berasa syukur kepada Tuhan kerana memberinya sinar harapan untuk hidup.

Oleh itu, bersyukurlarh kita kepada Allah kerana memberi kita kehidupan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Tanpa Allah, kita mungkin tiada di muka bumi ini......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan